Tuesday 27 October 2015

Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2015

Untuk makluman, penyediaan akhir Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2015  melalui submodul LNPT (HRMIS). Tindakan Pegawai Yang Dinilai (PYD) seperti berikut :-
1 Melengkapkan ruangan ‘pencapaian sebenar’ dan ‘ulasan’ dalam SKT 2015;
2 Melengkapkan ruangan Kegiatan dan Sumbangan di Luar Tugas Rasmi serta ruangan Latihan;
3 Memuat naik dokumen sokongan ( jika ADA ) Dan Simpan.
4 Kemudian menghantar Borang LNPT 2015 “online” dengan menekan butang HANTAR untuk
  dinilai oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)
 5 Jadual pelaksanaan bagi menyiapkan LNPT 2015 online bagi PYD mulai daripada 28 Oktober 2015 hingga 06 November 2015.Tempoh bagi Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan PPK pada 9 November - 16 November 2015.
 Sekian, terima kasih.


Monday 19 October 2015

Google for Education -persidangan secara atas talian "Education on Air"

Google for Education telah merencana persidangan secara atas talian "Education on Air" untuk memberi peluang kepada semua guru berbincang dan meneroka kaedah-kaedah terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21. Di samping itu, kaedah-kaedah praktikal daripada guru-guru Malaysia yang telah berjaya merangsang murid-murid menggunakan teknologi dan inovasi turut juga dilibatkan dalam persidangan atas talian ini. Warga pendidik dijemput untuk menyertai persidangan dalam talian Education on Air pada 01 November 2015Pendaftaran masih lagi boleh dibuat melalui laman sesawang http://g.co/EduOnAirMereka yang berminat boleh menyertai persidangan ini dari mana sahaja menggunakan talian internet dan PC, komputer riba atau alat peranti lain seperti smartphone atau tabletBersama-sama emel ini dipanjangkan jemputan oleh pihak Google Malaysia ke persidangan atas talian tersebut untuk rujukan dan tindakan pihak tuan.
 

https://educationonair.withgoogle.com/live/2015-nov