Thursday 8 December 2016

PENGUMUMAN
23 November 2016 
PENGISIAN DATA INFRASTRUKTUR SEKOLAH DALAM SUB MODUL INFRASTRUKTUR EMIS 

    1. Sub Modul Infrastruktur EMIS, merupakan satu modul baru bertujuan untuk mengumpul status keadaan fizikal infrastruktur semua sekolah di seluruh Malaysia. 
    2. Justeru itu,BPPDP memohon untuk Guru Data dan Maklumat(GDM) yang telah menerima taklimat oleh JPN/PPD untuk melengkapkan keadaan infrastruktur sekolah seperti surat arahan yang telah dikeluarkan pada 28 Oktober 2016. Maklumat berkenaan pengisian tersebut boleh diperolehi pada menu atas bertajuk infrastruktur. GDM perlu memuat turun maklumat tersebut sebagai panduan untuk pengisian ini.
    3. Pihak JPN,PPD dan sekolah juga perlu memastikan pengisian data bagi Submodul Infrastruktur dilakukan oleh GDM dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS).
4. Tempoh pelaksanaan pengisian data infrastruktur perlu dilengkapkan sebelum bermulanya Cuti Penggal Akhir Tahun Persekolahan 2016 seperti yang dinyatakan dalam surat TKSU (KPMSP.100-6/1/1 JLD 2(42). Bagi sekolah yang memerlukan masa tambahan, pastikan pengisian lengkap sepenuhnya sebelum 31 Disember 2016.3 November 2016 
PENGISIAN DATA INSTRUMEN BANCIAN KEMUDAHAN PRASARANA DAN PROGRAM SUKAN SEKOLAH (i-KePS) SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) TAHUN 2016 
  1. Modul i-Keps adalah instrumen pengumpulan maklumat tentang kemudahan prasarana sukan di sekolah dan pelaksanaan aktiviti sukan untuk murid di sekolah, perancangan program/projek sukan di sekolah dan penyertaan sekolah di dalam kejohanan-kejohanan sukan.
  2. Pengisian modul i-Keps adalah tanggungjawab Setiausaha Sukan sekolah dan dipantau oleh pegawai unit sukan PPD dan JPN.

2 November 2016 
PENGISIAN DATA INSTRUMEN BANCIAN KEMUDAHAN PRASARANA DAN PROGRAM SUKAN SEKOLAH (i-KePS) SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) TAHUN 2016 

    1. Adalah dimaklumkan bahawa Login ID dan kata laluan bagi Pengisian Data Instrumen Bancian Kemudahan Prasarana Dan Program Sukan Sekolah (iKeps) Secara Dalam Talian (Online) Tahun 2016 untuk semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:
    • Login ID: <KODSEKOLAH>_SUKAN (Cth: BBA0001_SUKAN)
    • Kata laluan: 12345678
    • Penukaran kata laluan perlu dilakukan setelah login kali pertama dibuat.
2.Tempoh pelaksanaan pengisian data i-KePS adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
    • 7 hingga 25 November 2016 (semua sekolah di Semenanjung Malaysia dan WP Labuan)
    • 7 hingga 30 November 2016 (semua sekolah di Sabah dan Sarawak sahaja)