Tuesday 30 June 2015

SALAM RAMADHAN 1436H


PENARAFAN SSQS SEKOLAH NEGERI SEMBILAN 2015

Tampin 30 Jun 2015- Semua sekolah dalam daerah Tampin akan melaksanakan penarafan SSQS secara atas talian bermula pada 6 Julai hingga 30 Ogos 2015.

Penarafan secara menjawab soalan atas talian melibatkan pentadbir sekolah Pengetua dan Guru Besar, 1 orang GPM, 30 orang guru mata pelajaran dan 30 orang pelajar (maksimum). Program ini akan diurusetiakan oleh Guru Penyelaras Bestari atau / Guru ICT sekolah. 

Sebanyak 51 buah sekolah akan terlibat. PPD Tampin berharap program ini akan berjalan dengan lancar selaras dengan pelaksanaan pembestarian sekolah KPM. PKG daerah Tampin bersama PPD Tampin akan memantau program ini agar ianya mencapai matlamatnya.