Monday 19 October 2015

Google for Education -persidangan secara atas talian "Education on Air"

Google for Education telah merencana persidangan secara atas talian "Education on Air" untuk memberi peluang kepada semua guru berbincang dan meneroka kaedah-kaedah terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21. Di samping itu, kaedah-kaedah praktikal daripada guru-guru Malaysia yang telah berjaya merangsang murid-murid menggunakan teknologi dan inovasi turut juga dilibatkan dalam persidangan atas talian ini. Warga pendidik dijemput untuk menyertai persidangan dalam talian Education on Air pada 01 November 2015Pendaftaran masih lagi boleh dibuat melalui laman sesawang http://g.co/EduOnAirMereka yang berminat boleh menyertai persidangan ini dari mana sahaja menggunakan talian internet dan PC, komputer riba atau alat peranti lain seperti smartphone atau tabletBersama-sama emel ini dipanjangkan jemputan oleh pihak Google Malaysia ke persidangan atas talian tersebut untuk rujukan dan tindakan pihak tuan.
 

https://educationonair.withgoogle.com/live/2015-nov